Kamen Rider IXA (watak)

Kamen Rider IXA (仮面ライダーイクサ, Kamen Raidā Ikusa) adalah Kamen Rider kedua yang diperkenalkan oleh pihak penulisan skrip bagi drama Tokusatsu Kamen Rider Kiva. Perkataan "IXA" adalah singkatan untuk "INTERCEPT X ATTACKER". Namun begitu, pihak penulisan skrip Kamen Rider kali ini menggunakan kanji yang bermaksud "bertarung," dan "perang," (戦, ikusa).Pengguna IXA boleh bertukar dengan mengaktifkan alat yang dipanggil IXA Knuckle (イクサナックル, Ikusa Nakkuru). Sehingga kini, hanya tujuh orang sahaja yang pernah menggunakannya iaitu Jiro, Kurenai Otoya, Keisuke Nago, Ryo Itoya, Rook, Yuri, dan Megumi. Hanya Kurenai Otoya dan Keisuke Nago yang dilantik sebagai pengguna rasmi IXA.